Sunday, January 29, 2012

Betul ke Bahasa Melayu?

Dengan kemajuan teknologi pada abad ini pelbagai laman sosial telah dicipta. Antara contoh laman sosial yang dicipta bagi hiburan manusia jagat ini ialah tagged,myspace, friendster  dan yang paling dikenali  ialah facebook. dengan kewujudan laman sosial tersebut pelbagai bahasa telah muncul dan merosakkan bahasa Melayu kita. sebagai contohnya :


conok cngat ari ney ase pat ngok movie ngan ci dier
eiii dier cgt comey lorh ary neyy..


Pasti guru-guru yang mengajar mereka matapelajaran Bahasa Melayu  sangat sedih dengan situasi ini. Para pembaca yang cinta akan Bahasa Melayu kita juga pasti merasakan perkara ini merupakan masalah besar kepada bangsa Melayu. Saya sendiri yang membaca status mereka di facebook terasa sakit hati dengan bahasa yang mereka gunakan. sama-samalah kita memartabatkan Bahasa Melayu kita yang diwarisi zaman berzaman..








No comments:

Post a Comment