Sering aku mendengar sesetengah daripada kita mengeluh apabila didatangi pelbagai ujian oleh yang kuasa. Aku juga pernah didatangi dugaan yang aku rasakan tidak mampu aku tanggung tetapi ingatlan bahawa Allah tidak akan menguji seseorang dengan dugaan yang tidak mampu dihadapinya. Betapa kasihnya Allah akan hambaNya, setelah kita didatangi ujian seringkali kita dihadiahkan olehNya sebuah nikmat yang tidak terhingga tetapi sesetengah daripada kita tidak sedar akan hikmah sebuah ujian itu. Bersyukurlah dengan setiap ujian yang kita hadapi kerana dengan ujian itulah kita akan menjadi manusia yang mengakui kelemahan diri.

No comments:
Post a Comment