Dengan kemajuan teknologi pada abad ini pelbagai laman sosial telah dicipta. Antara contoh laman sosial yang dicipta bagi hiburan manusia jagat ini ialah tagged,myspace, friendster dan yang paling dikenali ialah facebook. dengan kewujudan laman sosial tersebut pelbagai bahasa telah muncul dan merosakkan bahasa Melayu kita. sebagai contohnya :
conok cngat ari ney ase pat ngok movie ngan ci dier
eiii dier cgt comey lorh ary neyy..
Pasti guru-guru yang mengajar mereka matapelajaran Bahasa Melayu sangat sedih dengan situasi ini. Para pembaca yang cinta akan Bahasa Melayu kita juga pasti merasakan perkara ini merupakan masalah besar kepada bangsa Melayu. Saya sendiri yang membaca status mereka di facebook terasa sakit hati dengan bahasa yang mereka gunakan. sama-samalah kita memartabatkan Bahasa Melayu kita yang diwarisi zaman berzaman..
Haniza Hani
Sunday, January 29, 2012
Saturday, October 8, 2011
Bersyukur
Sering aku mendengar sesetengah daripada kita mengeluh apabila didatangi pelbagai ujian oleh yang kuasa. Aku juga pernah didatangi dugaan yang aku rasakan tidak mampu aku tanggung tetapi ingatlan bahawa Allah tidak akan menguji seseorang dengan dugaan yang tidak mampu dihadapinya. Betapa kasihnya Allah akan hambaNya, setelah kita didatangi ujian seringkali kita dihadiahkan olehNya sebuah nikmat yang tidak terhingga tetapi sesetengah daripada kita tidak sedar akan hikmah sebuah ujian itu. Bersyukurlah dengan setiap ujian yang kita hadapi kerana dengan ujian itulah kita akan menjadi manusia yang mengakui kelemahan diri.
Thursday, October 6, 2011
Oh Merah
setiap orang pasti mempunyai warna kegemaran masing-masing. Aku sangat fanatik akan warna merah tetapi tidaklah sefanatik mereka yang sanggup membeli semua barang peribadi dengan warna kegemaran masing-masing. Kadang-kadang terbayang bagaimana jika aku membeli barang-barang peribadiku dengan warna merah??sudah tentu terlalu pelik rupanya nanti.
Sunday, October 2, 2011
Aidilfitri yang satu..
![]() |
| Hari raya ke-5 |
![]() |
| di pagi raya |
![]() |
| tema yang sama |
![]() |
| si kembar |
Wednesday, September 28, 2011
Baru belajar..
Tersenyum aku seketika apabila teringat akan telatah kakakku yang kerap belajar menghasilkan kek tetapi kek yang dihasilkan tidak pernah menjadi. Bukan sekali dua mencuba tetapi berkali-kali. Sering aku terfikir apakah kesilapan yang menyebabkan kek yang dihasilkan olehnya tidak pernah menjadi..
Monday, September 26, 2011
Masakan??
Semester baru dengan semangat yang baru..kelas pertama penulisan kreatif oleh Dr Mawar telah memberikan satu kejutan kepada semua apabila kami ditugaskan untuk menghasilkan cerpen yang bertemakan masakan. oh..bermacam-macam masakan bermain di fikiranku..
Subscribe to:
Comments (Atom)








