Saturday, October 8, 2011

Bersyukur

Sering aku mendengar sesetengah daripada kita mengeluh apabila didatangi pelbagai ujian oleh yang kuasa. Aku juga pernah didatangi dugaan yang aku rasakan  tidak mampu aku tanggung tetapi ingatlan bahawa Allah tidak akan menguji seseorang dengan dugaan yang  tidak mampu dihadapinya. Betapa kasihnya Allah akan hambaNya, setelah kita didatangi ujian seringkali kita dihadiahkan olehNya sebuah nikmat  yang tidak terhingga tetapi sesetengah daripada kita tidak sedar akan hikmah sebuah ujian itu. Bersyukurlah dengan setiap ujian yang kita hadapi kerana dengan ujian itulah kita akan menjadi manusia yang mengakui kelemahan diri.

Thursday, October 6, 2011

Oh Merah

setiap orang pasti mempunyai warna kegemaran masing-masing. Aku sangat fanatik akan warna merah tetapi tidaklah sefanatik mereka yang sanggup membeli semua barang peribadi dengan warna kegemaran masing-masing. Kadang-kadang terbayang bagaimana jika aku membeli barang-barang peribadiku dengan warna merah??sudah tentu terlalu pelik rupanya nanti.

Sunday, October 2, 2011

Aidilfitri yang satu..

Hari raya ke-5
di pagi raya
tema yang sama

si kembar
Tiba-tiba aku teringat akan aidilfitri yang baru sahaja berlalu.Dilahirkan dalam keluarga yang besar membuatkan aku ternanti-nanti aidilfitri yang bakal kunjung tiba. Sudah pasti setiap aidilfitri akan mencoret kenangan yang indah buat semua. Aidilfitri kali ini turut memberi begitu banyak makna kepada aku apabila buat pertama kalinya keluarga kami membakar lemang sehingga tiga kali iaitu pada hari raya pertama,hari raya kedua dan juga hari raya kelima.